ebook Mentor Jutawan

Monday, December 14, 2009

Tips Mentor Jutawan: Minda Kaya Minda Miskin

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak bergantung kepada mindanya iaitu cara meraka berfikir. Untuk menjadi kaya perlu ada Minda Kaya. Artikel ini mengupas perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu ingin diingatkan minda kaya bukanlah lebih baik daripada minda miskin, ini hanyalah perbincangan ilmiah untuk membuka minda anda. Minda Kaya akan membuka peluang-peluang yang ada di sekeliling anda. Manakala Minda Miskin akan menutup peluang-peluang tersebut. Bagaimana?

Minda Kaya berfikiran lebih luas Minda Miskin berfikiran leih sempit.

Minda Kaya memnpunyai matlamat yang agak luar biasa dan besar. Dengan matlamat yang besar ini Minda Kaya akan menumpukan fokusnya kepada arah tuju untuk mencapai matlamatnya. Tanpa matlamat anda mungkin tiada hala tuju umpama pengembara tanpa kompas.

Minda Kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekurang-kurangnya jika tak sampai bintang, bulan dalam gengaman.

Minda Miskin pula berfikiran sempit. Selalunya 98% daripada masyarakat dalam golongan ini tidak menpunyai matlamat. Kalau ada pun hanya matlamat biasa dan kecil, umpamanya untuk mencari pendapatan yang memmenuhi badget untuk bulan ini dan bulan-bulan yang akan datang.

Minda Miskin mempunyai matlamat jangka masa yang singkat, manakala Minda Kaya mempunyai matlamat yang jauh kehadapan!

Minda Kaya selalunya melihat 2 pilihan dalam setiap perkara manakala Minda Miskin hanya melihat 1 pilihan sahaja, seperti:

  • Ingin kekayaan ATAU kebahagiaan
  • Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa untuk keluarga
  • Ingin mencari harta ATAU mengeratkan kekeluargaan
Minda Kaya tidak melihat ini sebagai pilihan. Mengapa tidak,

  • Ingin kekayaan DAN kebahagiaan
  • Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa untuk keluarga
  • Ingin mencari harta DAN mengeratkan kekeluargaan
Tiada siapa yang kata anda hanya ada 1 pilihan dalam kehidupan. Anda mempunyai berbagai pilihan, yang penting adalah seimbangkan apa yang hendak dilakukan.

Minda Kaya melihat orang kaya dengan perasaan penuh inspirasi, manakala Minda Miskin melihat dengan penuh kebencian.

Minda Kaya akan mendapat rangsangan motivasi yang tinggi daripada melihat orang-orang lain yang berjaya dan berkeinginan tinggi untuk turut serta menjadi hebat seperti mereka. Salah satu teknik yang penting untuk mencapai kejayaan ialah role-model, iaitu menjadikan kejayaan orang lain sebagai dorongan untuk berjaya. Minda Kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala Minda Miskin pula akan melihat orang lain yang berjaya dengan perasaan dengki dan benci. Minda Miskin sering memberi respons yang negetif terhadap orang yang berjaya atau orang kaya. Dalam minda mereka berbisik orang yang berkereta mewah(Mercedes, BMW, dll) ini mesti pecah amanah, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.

Sebenarnya mereka sendiri yang meracuni minda mereka dengan kata-kata negetif terhadap orang yang berjaya. Bagaimana minda miskin hendak berjaya jika gambaran negatif ini menghantui mereka. Sudah tentu mereka akan TAKUT untuk menjadi kaya.

Jadi berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan. Jangan sampai memakan diri!

Minda Kaya bergaul dengan Minda Kaya yang lain, Minda Miskin bergaul dengan Minda Miskin yang lain.

Untuk berjaya anda perlu mendekatkan diri dengan orang-orang yang berjaya kerana Minda Kaya boleh 'berjangkit!'. Sekiranya anda selalu berdamping dengan orang yang berjaya anda juga akan menjadi Minda Kaya. Sebab itulah anda sering melihat mereka yang berjaya selalu mendampingi sesama mereka, supaya Minda Kaya menjangkiti minda masing-masing.

Begitu juga sebaliknya, Minda Miskin boleh berjangkit kepada mereka yang sering mendampingi orang yang tidak berjaya. Bukan bermaksud anda tidak boleh bergaul dengan orang yang tidak berjaya. Buka minda anda untuk berkawan dengan mereka manalah tahu mereka pula yang dijangkiti dengan Minda Kaya anda dan hasilnya semua berjaya.

Minda Kaya fokus kepada peluang, Minda Miskin fokus kepada halangan. Minda Kaya akan selalu fikirkan idea-idea baru dan kreatif melihat peluang. Mudah sahaja untuk menjadi seorang yang kreatif, anggaplah kreatif itu adalah untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif, anda hanya perlu fikirkan bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik.

Minda Miskin fokus kepada halangan, ingin memulakan perniagan dikatakan tiada modal, ingin bertemu pelanggan dikatakan tidak cukup masa, dan sebagainya. Semua itu adalah alasan semata.

Minda Kaya tiada halangan atau alasan, tiada modal mulakan perniagaan kecil tanpa modal, tidak cukup masa belajar cara pengurusan masa yang efisyen. Semua ini adalah peluang dalam pemikiran Minda Kaya.

Fikirkan dimana anda? Minda Kaya atau Minda Miskin. Pilihan di tangan anda!

Sumber: Minda Kaya vs Minda Miskin oleh Irfan Khairi

Banyak lagi tip-tip, teknik dan rahsia untuk berjaya yang dikongsi bersama oleh 8 Mentor Jutawan di dalam Rahsia Mentor Jutawan. Klik disini untuk keterangan lanjut Rahsia Mentor Jutawan.


No comments:

Post a Comment