ebook Mentor Jutawan

Sunday, March 7, 2010

Dimanakah Tahap Kewangan anda?

Ada 4 tahap kewangan bagi seseorang itu. Berikut adalah 4 tahap tersebut:-

1.  Kewangan Tidak Selamat Finacially Unsecure
Keadaan ini terjadi apabila anda tidak mempunyai wang simpanan. Dalam erti kata lain, sekiranya ada wang simpanan pun hanya cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda kehilang pekerjaan esok, hanya sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi, kais petang makan petang.
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...

2.  Kewangan Selamat
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Dalam erti yang lebih mudah, sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan esok, anda masih mempunyai simpanan yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai diantara kita
yang berada pada tahap ini.
6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup.
Sekiranya anda berada di tahap 1 (kewangan tidak selamat) ini akan menjadi matlamat utama anda untuk berada di tahap. Cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga, tanpa perlu berkerja!

3.  Bebas Kewangan / Mandiri Kewangan

Ini adalah matlamat bagi kebanyakan di antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya jika anda berada di tahap ini, anda bebas untuk membuat pilihan bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!
Pada tahap ini, anda tidak perlu berkerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang sudah mencapai tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

4. Tahap Terlalu Kaya Ultra Rich

Tahap ini lagi kecil peratusan yang mencapainya. Mereka yang berada pada tahap ini adalah jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tidak terpakai wang yang dimilikinya. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta. "kita nak dapat beratus ribu pun payah" nama-nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah diantara mereka-meraka yang sudah berapa pada tahap ini.

Inilah 4 tahap kekayaan yang dapat dikongsikan buat masa ini, kita harus faham kedudukan kewangan kita dahulu.
"Dimanakah tahap kewangaan anda pada ketika ini?"
Sumber: Radio24 "Irfan on Air" - Irfan Khairi

Banyak lagi tip-tip, teknik dan rahsia untuk berjaya yang dikongsi bersama oleh 8 Mentor Jutawan di dalam Rahsia Mentor Jutawan. Klik disini untuk keterangan lanjut Rahsia Mentor Jutawan.

No comments:

Post a Comment