ebook Mentor Jutawan

Tuesday, March 9, 2010

Tip: 3 Langkah Mudah Untuk Menghasilkan ebook Sendiri

Ini adalah tips untuk anda yang berminat menghasilkan ebook, tetapi tiada masa atau tak pandai menulis.

"Ebook short cut!"

Langkah 1:

Pilih satu perkara atau topik mengikut kepakaran anda atau yang lebih tepat mengikut minat dan komitmen anda.  Dengan perkataan lain sesuatu yang anda suka buat secara suka-rela tanpa perlu dipaksa.

Langkah 2:

Lakukan satu atau lebih temubual/temuramah Interview dengan pakar-pakar industri dalam bidang yang anda kenalpasti dalam langkah 1. Temubual itu boleh dibuat dengan hanya menghantar email, melalui telepon atau bersemuka sendiri dengan membuat temu janji.

Langkah 3:

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook. TAHIAH! Anda telah pun berjaya menghasil satu ebook yang boleh menjana pendapatan sampingan.

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
  1.   33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
  2.   Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
  3.   10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
  4.   Tip Mengubah Hiasan dalaman Rumah anda pada bajet RM1,000 daripada 10 juru hias dalaman berpengalaman!
Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya perlu bayarkah mereka yang anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu dan bersetuju dengan tujuan anda di mana temubual tersebut akan dibukukan.


Salah satu daripada ebook temubual yang sangat popular ialah Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi. Banyak tip-tip, teknik dan rahsia untuk berjaya dikongsi oleh 8 Mentor Jutawan di dalam ebook Mentor Jutawan ini. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut Rahsia Mentor Jutawan.

No comments:

Post a Comment