Monday, March 15, 2010

Kenapa Entrepreneur GAGAL Mencapai Impian Mereka?

Kebanyakkan entrepreneur menyedari perniagaan itu merupakan perkerjaan yang memberi pendapatan yang LUMAYAN seperti yang kita ketahui 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan.  Ramai yang menceburi bidang perniagaan dengan harapan untuk memperolehi kekayaan dan kesenangan. Namun demikian, "langit tidak selalunya cerah", tidak semua perniagaan yang entrepreneur jalankan mendatangkan hasil yang begitu memberangsangkan. Mengikut statistik:
  • 80% entrepreneur baru gagal dalam masa 2 tahun
  • 80% entrepreneur gagal dalam masa 3 tahun berikutnya
Ini bermakna hanya 4% sahaja entrepreneur yang benar-benar boleh bertahan selepas 5 tahun beroperasi.

Dimanakah kedudukan anda?  Umum mengetahui banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Antaranya modal, persaingan, pengurusan, pemasaran, produk dan sebagainya, ini merupakan fenomena yang biasa anda tempuhi. Namun untuk survival, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar khususnya pakar yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Jika kita lihat orang yang berjaya seperti Tiger Wood, beliau masih lagi mempunyai jurulatih  yang terus membimbingnya untuk berjaya. Begitu juga dalam perniagaan, anda juga perlu mempunyai mentor untuk membantu anda supaya terus berjaya.

RENUNG-RENUNGKAN LAH! 


Banyak lagi tip-tip, teknik dan rahsia untuk berjaya yang dikongsi bersama oleh 8 Mentor Jutawan di dalam Rahsia Mentor Jutawan. Klik disini untuk keterangan lanjut Rahsia Mentor Jutawan.

No comments:

Post a Comment